Pembentangan Cadangan Pembangunan dan Naik Taraf Masjid An-Nur Temasya Glenmarie
Satu sesi pembentangan cadangan pembangunan dan naik taraf Masjid An-Nur Temasya Glenmarie telah diadakan bagi membincangkan perancangan penambahbaikan kemudahan masjid demi manfaat komuniti setempat.
Pembentangan ini bertujuan memperincikan cadangan pembangunan yang lebih tersusun, selesa dan kondusif, selaras dengan keperluan jemaah serta perkembangan kawasan sekitar Temasya Glenmarie.
Sesi ini turut menjadi platform perkongsian idea dan pandangan bersama pihak berkepentingan dalam memastikan masjid terus berperanan sebagai pusat ibadah, pendidikan, kemasyarakatan dan penyatuan ummah.
KTGB merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pembentangan ini. Semoga usaha pembangunan dan naik taraf Masjid An-Nur Temasya Glenmarie ini dipermudahkan serta memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.










Users Yesterday : 0
Users This Month : 8
Users This Year : 290
Total views : 21224
Who's Online : 0