Koperasi Temasya Glenmarie Berhad (KTGB) terus komited dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat melalui penglibatan dalam program kemasyarakatan dan kekeluargaan.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni anak jemaah dan anak qariah, pihak KTGB berbesar hati meraikan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran anakanda Attarizky Putra, anak kepada Mohd Arif Mansor dan keluarga.
Majlis ini turut menjemput Ahli Jawatankuasa serta Anak Qariah Masjid An-Nur Glenmarie bagi bersama-sama memeriahkan suasana serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti.
Program sebegini bukan sahaja menjadi ruang untuk berkumpul dan bersilaturahim, malah mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan serta sokongan KTGB terhadap aktiviti masyarakat setempat.










Users Yesterday : 0
Users This Month : 8
Users This Year : 290
Total views : 21224
Who's Online : 0