Mesyurat Bersama SKM dan Lawatan ke Cafe Rashfa

Lawatan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke Koperasi KTGB merupakan satu kunjungan yang amat bermakna dalam memperkukuhkan hubungan strategik, berkongsi pandangan, serta meninjau sendiri perkembangan dan pengurusan koperasi.

Dalam lawatan ini, pihak SKM turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke Café Rashfa bagi melihat suasana operasi, perkhidmatan yang disediakan, serta potensi perniagaan yang dijalankan di bawah Koperasi KTGB. Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada pertukaran idea, penambahbaikan berterusan, dan memperkukuhkan lagi peranan koperasi dalam memberi manfaat kepada anggota serta komuniti setempat.

Scroll to Top
Skip to content